Sabtu, 21 Desember 2013
30 Orang Dikhuatiri Maut Bot Terbalik

MIAMI – Sebuah bot yang membawa 150 pendatang Haiti ketika melepasi selatan kepulauan Bahamas terbalik selepas mengalami kerosakan menyebabkan 30 orang maut dan selebihnya terpaksa berpaut kepada bangkai bot berjam-jam, kata pihak berkuasa.
Jumlah kematian belum dapat dipastikan. Pihak berkuasa di tempat kejadian mengesahkan sekurang-kurangnya 20 mati dan angka itu mungkin meningkat kepada 30 orang berdasarkan jumlah mereka yang terselamat.
Lima mayat mangsa sudah ditemui dan tentera Bahamas serta polis sedang bekerjasama dengan Pengawal Pantai Amerika Syarikat bagi mengesan baki mayat ketika kerja menyelamat mereka yang terselamat dijalankan. – AP
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar