Rabu, 18 Desember 2013
Alat Anti Mencuri Minuman Tin

Mungkin disebabkan kejadian kecurian minuman tin seperti Milo dan susu bayi dilaporkan kerap berlaku, peruncit besar, Tesco telah mengambil inisiatif dengan memasang alat pengesan di setiap minuman bertin tersebut.
Langkah ini dilihat sebagai salah satu cara untuk membanteras jenayah kecil seperti ini yang jika dibiarkan akan menjadi kebiasaan buat si penjenayah yang gemar mencuri di premis itu.
Mungkin cara ini boleh diaplikasikan di semua kedai tetapi ianya mungkin memerlukan sedikit kos untuk dilaksanakan.
Apa-apa pun yang penting, jangan sesekali mencuri, kerana ianya akan menjadi darah daging dalam diri anda jika melakukan perbuatan terkutuk itu.
Oleh: AUDREY LEE
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar